Anggota polis mengawal lalu lintas di Lebuhraya Taman Connaught, Kuala Lumpur yang terjejas banjir kilat dengan air setinggi paras betis pada 30 November 2022. Facebook Polis KL
AGENDANASIONAL

Selangor, KL dijangka hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 2 DIS: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, dan Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :