Sukarelawan Team Selangor bersama penduduk membersihkan kawasan sekitar menerusi program gotong-royong “Keep Clean Dengue” pada 15 Januari 2023 di Pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam. Foto Facebook Team Selangor
AGENSISELANGOR

1,700 kg sampah dikumpul di tiga tempat dalam tempoh tiga minggu

SHAH ALAM, 24 JAN: Program gotong-royong “Keep Clean Dengue” anjuran Team Selangor yang dijalankan sejak awal Januari lalu berjaya mengumpul sampah sebanyak 1,700 kilogram (kg).

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata jumlah itu membabitkan pembersihan di tiga lokasi di pangsapuri sekitar Seksyen 7 di sini.

“Program ini diadakan bagi membasmi wabak denggi di kawasan pilihan yang menjadi lokaliti titik panas denggi selain menggalakkan masyarakat turun padang membersihkan persekitaran kediaman masing-masing.

“InsyaAllah, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa manakala siri keempat pula akan dianjurkan pada 29 Januari ini di Seksyen 7 juga,” katanya ketika dihubungi.

Bermula dua tahun lalu, pasukan sukarelawan itu mula mengadakan program gotong-royong kutipan sampah sebagai langkah menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.


Pengarang :