Sukarelawan Team Selangor bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menganjurkan kursus persediaan menghadapi banjir di Kuala Selangor pada 13 dan 14 November 2021. Foto TEAM SELANGOR
AGENSISELANGOR

200 sukarelawan Team Selangor jalani kursus hadapi bencana bersama APM

SHAH ALAM, 18 JAN: Seramai 200 sukarelawan Team Selangor menjalani kursus asas bencana sepanjang tahun lalu sebagai persediaan berdepan kejadian banjir.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata latihan secara berperingkat bersama Angkatan Pertahanan Awam bertujuan mendedahkan ahli dengan langkah dan teknik tepat ketika situasi bah.

“Ahli diberi latihan asas cara ketika mendepani kejadian, semasa banjir dan pascabah. Tindakan ini secara tidak langsung dapat melancarkan operasi menyelamat dilakukan pihak berkuasa.

“Ada juga ahli turut dilatih mengendalikan bot. Ini juga sebagai langkah persediaan jika mereka perlu membawa bot,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Amirudin Shari bergambar bersama Sukarelawan Selangor (Serve) Rescue selepas merasmikan majlis penutupan latihan dan kursus Serve Rescue’ di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pada 17 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sebelum ini, Sukarelawan Selangor (Serve Rescue) turut menjalani latihan asas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBOM) Selangor termasuk Pasukan Penyelamat Dalam Air bagi mengendalikan mangsa banjir.

 


Pengarang :