Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengagihkan tong sampah ke kawasan pemajuan berstrata dalam kawasan pentadbirannya sempena sambutan ulang tahun pertama Perbandaran Hulu Selangor 2022. Foto FACEBOOK MPHS
PBTSELANGOR

Agih tong sampah sempena sambutan ulang tahun pertama perbandaran MPHS

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengagihkan tong sampah (leach bin) ke kawasan pemajuan berstrata dalam kawasan pentadbirannya pada 4 Januari lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata program tersebut dianjurkan Unit Pesuruhjaya Bangunan sempena sambutan ulang tahun pertama Perbandaran Hulu Selangor 2022.

“Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS berharap agar pemberian tong sampah (leach bin) secara ‘one off’ ini dapat mengurangkan beban kewangan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC).

Tong sampah (leach bin) diagihkan ke kawasan pemajuan berstrata dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 4 Januari 2023. Foto FACEBOOK MPHS

“Perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti strata akan dapat ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya menerusi Facebook.

MPHS turut mengharapkan kerjasama baik antara Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan JMB dan MC dikekalkan serta ditambah baik demi manfaat komuniti strata dalam kawasan pentadbirannya.


Pengarang :