AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 23 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama melibatkan Putrajaya serta beberapa kawasan di Perak iaitu Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 


Pengarang :