Orang ramai mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan mengamalkan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka sepanjang berada di Perpustakaan Negara sebagai langkah bagi mengekang penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 21 Julai 2020. Foto: BERNAMA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Naik taraf perpustakaan, anjur festival makanan antara program MBSJ pada 2023

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan menaik taraf perpustakaan di kawasan pentadbirannya tahun ini.

Datuk Bandar Dato’ Johary Anuar berkata penambahbaikan itu bersifat lebih moden termasuk dengan adanya ruang kerja berkonsep baharu.

“Perpustakaan bukan hanya menumpukan kepada pembacaan sebaliknya kita mahu wujudkan ‘working space’ (ruang kerja) yang mana adanya kafe, gimnasium dan pusat e-sukan.

“Kita akan bina ruang permainan e-sukan bagi menarik lebih ramai golongan muda ke perpustakaan,” katanya ketika bersiaran secara langsung menerusi program Subang Jaya Coffee Talk di Facebook MBSJ.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Dato’ Johary Anuar dalam program Subang Jaya Coffee Talk melalui Facebook MBSJ pada 10 Januari 2023. Foto FACEBOOK MBSJ

Sementara itu, Johary berkata MBSJ bakal menganjurkan festival makanan pada tahun ini bagi membantu peniaga dan penjaja memasarkan produk mereka.

“Kita minta jabatan pelesenan untuk meneliti lokasi sesuai sama ada di kawasan tumpuan seperti dalam pasar raya selain akan bekerjasama dengan pihak FoodGasm.

“Festival ini juga selain membantu peniaga kita juga mahu menarik lebih ramai orang berkunjung ke Subang Jaya,” katanya.


Pengarang :