PBTSELANGOR

Pemilik tanah dikecuali denda jika lunas cukai semasa, tunggakan sebelum akhir Februari

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 JAN: Pemilik tanah dan petak yang menjelaskan keseluruhan cukai semasa dan tunggakan mulai 3 Januari hingga 28 Februari berpeluang mendapat pengecualian fi tunggakan.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bayaran boleh dibuat di kaunter hasil Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) seluruh negeri termasuk van bergerak PDT.

“Pemilik tanah bagaimanapun perlu membayar keseluruhan cukai semasa dan tunggakan cukai tanah untuk mendapat pengecualian fi tunggakan tersebut.

“Tunggakan cukai tanah perlu dijelaskan untuk mengelak hak milik dirampas atau sekatan atas urusan tanah dilakukan,’’ katanya.

 


Pengarang :