Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan dijangka landa Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 14 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan situasi sama turut dijangka berlaku di berapa negeri dalam tempoh dinyatakan.

Kawasan di Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Larut, Matang, Selama dan Hulu Perak), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Manakala Sarawak pula di Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Sabah melibatkan Tawau (Tawau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :