Buat julung kalinya, persembahan tarian singa ditampilkan di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor sempena Tahun Baharu Cina pada 6 Februari 2022. Foto oleh AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMABUDAYARENCANA

Tarian singa pembawa tuah

Setiap kali Tahun Baharu Cina, pasti kita tidak terlepas persembahan tarian singa. Seni tari berkenaan bersebati dengan etnik ini.

Demi menjaga tradisi penting ini, terdapat persatuan kebudayaan mengajar tarian singa sehingga menarik penyertaan anak muda bukan Cina mempelajarinya.

Wartawan NADIAH ZAMLUS menyusun fakta menarik mengenai tarian singa, sementara foto dirakam AHMAD ZAKKI JILAN.

Apa itu tarian singa 

  • lazimnya dimainkan ketika Tahun Baharu Cina atau sambutan majlis penting
  • dua penari memakai kostum singa dan meniru pergerakan haiwan itu
  • singa dianggap haiwan bertuah yang upaya hilangkan petanda buruk dan bawa nasib baik
  • dipercayai bawa kekayaan atau kemakmuran kepada pemilik jika dipersembah di premis kedai dan rumah
  • masyarakat dahulu percaya singa itu lambang keberanian dan kekuatan
  • mereka percaya tarian itu mampu usir kuasa jahat

Dua jenis tarian

singa utara

  • pergerakan tarian seakan-akan seni mempertahankan diri
  • pergerakan tariannya agak sukar seperti
  • melompat meja
  • berjalan di atas kayu atau buluh
  • memijak bola yang bergolek

singa selatan

  • lebih lazim dipersembahkan
  • tarian singa yang lebih santai
  • tariannya lebih tertumpu kepada menggaru, menggoyangkan dan menjilat bulu

Peralatan muzik 

dram

  • ibarat degupan jantung singa, bantu rentak tari singa dan cipta suasana
  • pemain ahli kumpulan yang paling berpengalaman

gong dan simbal

  • untuk takutkan unsur jahat

Bentuk tarian lazim

terjaga daripada tidur

  • ketika ambil singa baharu
  • singa berada di atas tanah
  • singa berguling dan terhuyung-hayang,
    meniru cara anak singa belajar berjalan
  • singa mulai stabil dan teruskan persembahan

berjalan

  • singa berjalan perlahan, cermat dan
    berhati-hati
  • beri perhatian kepada khalayak dan berinteraksi dengan penonton
  • pergerakan ini selalu dalam persembahan awam

makan sayur hijau

  • penari dapat bayaran dalam sampul merah, diikat dengan sayur hijau
  • singa dekati sayur dengan hati-hati dan mengambilnya
  • singa kunyah sayur, kemudian ia diluah sebagai tanda tuah

helah di meja

  • mula-mula bergurau dengan pengunjung
  • jika ada halangan, singa mencari helah untuk dapatkan sampul merah

beri penghormatan

  • ketika sampai di tempat sembahan, singa akan berlutut dan tunduk
  • selalunya tempat sembahan diletakkan buah oren

Pengarang :