Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 pagi esok

SHAH ALAM, 16 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan tiga daerah sehingga 1 pagi esok.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Putrajaya serta Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :