AGENDANASIONAL

Tonton amanat Anwar esok, MB Selangor antara ahli panel wacana

SHAH ALAM, 18 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat bertajuk Membangun Malaysia Madani secara lintas langsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok.

Dalam program dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut menjadi ahli panel wacana bertajuk Membangun Negara Madani: Kemampanan dan Kesejahteraan.

Ahli panel lain antaranya Presiden Kolej Dar Al-Hikmah Datuk Prof Dr Muhd Nor Manuty; Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Haslinda Abdullah.

Orang ramai juga boleh menonton program berkenaan menerusi penstriman langsung di Facebook dan Youtube Media Selangor.


Pengarang :