Pusat kitar semula seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

Warga Sabak Bernam dipelawa jana wang dengan barang kitar semula

SHAH ALAM, 25 JAN: Warga Sabak Bernam dan penduduk sekitar berpeluang menukar barangan kitar semula kepada wang tunai menerusi program kitar semula esok.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memaklumkan program Bahagian Alam Sekitar Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran bermula jam 10 pagi di pekarangan pintu belakang pejabatnya.

“Jana ganjaran wang tunai, peroleh faedah daripada kitar semula.

“Sila bawa bersama barang-barang yang boleh dikitar semula dari rumah seperti plastik, besi, aluminium, tin susu, zink dan kotak untuk ditukar dengan wang tunai.

“Selain itu surat khabar, buku, minyak masak terpakai dan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-sisa),” katanya menerusi Facebook.


Pengarang :