Foto Arkib Selangorkini
AGENDAJENAYAH

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut terjatuh dari tingkat 14 hotel

KOTA KINABALU, 27 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.

Menurutnya JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.44 pagi tadi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan jam 7.53 pagi,” katanya.

Katanya identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti.

– BERNAMA


Pengarang :