Peserta melawat gerai Yayasan Hijrah Selangor sempena Karnival Bazar Ramadan MBSJ di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah, Puchong pada 8 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ sedia 26 lokasi bazar Ramadan, hampir 2,000 peniaga beroperasi

SUBANG JAYA, 4 FEB: Hampir 2,000 peniaga akan beroperasi sepanjang Ramadan di bazar sekitar kawasan kendalian Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Timbalan Datuk Bandar Mohd Zulkurnain Che Ali berkata jumlah tersebut melibatkan 26 lokasi bazar termasuk empat tapak baharu yang akan menjual pelbagai juadah berbuka.

“Permohonan permit bazar sudah ditutup. Bagaimanapun jika ada kekosongan kita akan maklumkan kepada peniaga supaya mereka boleh menjana pendapatan.

“MBSJ juga mengalu-alukan mana-mana pasar raya dan pusat beli belah untuk anjurkan bazar sendiri bagi memudahkan orang ramai mempunyai pilihan membeli makanan,” katanya ditemui pada program Hari Tanpa Kenderaan MBSJ @ Selamat Pagi Subang Jaya hari ini.

Bazar Ramadan MBSJ tahun ini merangkumi lima zon iaitu Subang Jaya, Kinrara, Puchong, Putra Heights dan Serdang/ Seri Kembangan.


Pengarang :