Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berucap sempena Majlis Perasmian Nama Baharu Blok dan Bangunan Utama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam pada 14 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Kota Anggerik pelawa sertai program advokasi berkaitan keluarga

SHAH ALAM, 7 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik mempelawa penduduk sekitar hadir ke program Keluargaku Sejahtera: Advokasi Menangani Pornografi dan Pendidikan Kesihatan Mental.

Najwan Halimi menerusi Facebook memaklumkan program itu diadakan pada 12 Februari bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Learning Loft Seminar Room, Radia Bukit Jelutong di sini.

Menurutnya, program itu menerapkan mengenai kesihatan mental dan pentingnya hubungan kekeluargaan yang stabil terhadap perkembangan emosi dan mental kanak-kanak.

“Ia menjurus melahirkan institusi kekeluargaan yang kurang tekanan dan kukuh, seterusnya mewujudkan masyarakat Selangor yang lebih harmoni serta kurang kadar jenayah,” katanya.

Program ini terhad kepada 50 peserta dan mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan https://forms.gle/ZTsGpwQ1yhf4dF7i9 .

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tengku Azrin di talian 012-804 1112 atau TS Izwan (017-656 0102).


Pengarang :