Sebahagian pengunjung wanita yang menerima bunga mawar sempena memperingati sambutan Hari Wanita Sedunia di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Hulu Kelang di Dewan Taman Permata, Hulu Kelang pada 9 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Hulu Kelang hargai wanita, agih bunga kepada pengunjung jualan murah

OLEH DIANA ABD WAHAB

AMPANG JAYA, 10 MAC: Sebanyak 70 kuntum bunga mawar diagih kepada pengunjung dalam program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang semalam.

Ahli Majlis Zon 3 Anfaal Saari berkata pemberian itu adalah inisiatif pihak DUN bagi menghargai dan meraikan golongan wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

“Sesuai tema ‘Kasih Wanita’ sebanyak 70 kuntum bunga mawar diedarkan kepada pengunjung wanita sebagai tanda penghargaan dan ingatan,” katanya.

Pengunjung Josphine Sammy, 72, yang ditemui gembira dan terharu atas ingatan pihak DUN mengedarkan bunga mawar bagi meraikan hari wanita.

“Biarpun hanya terima sekuntum bunga mawar namun saya rasa amat dihargai. Terima kasih pihak DUN kerana ambil inisiatif untuk bahagiakan hati wanita,” katanya.

Suri rumah, Siti Hajar Bakhtiar, 50, pula memuji usaha dilaksanakan pihak DUN yang jelas menghargai golongan wanita.

“Inisiatif ini secara tidak langsung dapat didik masyarakat supaya hormat dan hargai wanita.

“Biarpun kadang kala mereka terlepas pandang namun peranan dan pengorbanan wanita dalam menguruskan keluarga amat besar,” katanya.

Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi menghargai sumbangan dan jasa wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.


Pengarang :