Orang ramai menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dipromosi ke negara Asia Tenggara

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Selangor akan mengadakan lawatan ke beberapa negara Asia Tenggara bagi mempromosi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan lawatan ke Thailand, Vietnam, Filipina dan Singapura dijangka diadakan April ini.

“Semalam (kelmarin), MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) meluluskan lawatan ke beberapa negara Asia Tenggara untuk menarik lebih ramai peserta ke SIBS 2023.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim bercakap kepada media pada majlis pembukaan Persidangan Pendigitalan PKS Selangor sempena Sidang Kemuncak Peniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Aspirasi kita untuk menjadikan SIBS sebagai platform perniagaan, bukan ekspo jualan runcit (semata-mata),” katanya pada sidang media pengumuman inisiatif Smart Raya Selangor 2023 di sini semalam.

Beliau berkata lawatan itu juga bagi menjemput menteri dari negara berkaitan untuk menjadi speaker dalam persidangan yang melibatkan beberapa acara.

“Tahun ini kita beri perhatian kepada tetamu jemputan bertaraf menteri dari luar negara, (sebab itu) kita rancang buat lawatan ke negara Asean.

“Ia khusus bagi bertemu dengan menteri, pegawai kementerian, jabatan dan agensi yang ada hubung kait dengan pelaburan untuk memberi penerangan dan mempelawa mereka menyertai persidangan.

“Kita hampir pasti memperoleh seorang menteri dari negara Asean sebagai speaker dalam persidangan,” katanya.

SIBS 2023 dijadual di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober 2023.

Tahun lalu, sidang bagi pemain industri mengembangkan perusahaan dan memperkenal Selangor sebagai gerbang pelaburan antarabangsa merekodkan nilai transaksi perolehan RM1.45 bilion.


Pengarang :