AGENDAJENAYAH

Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands

KUANTAN, 23 MEI: Lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke gaung sedalam lebih 20 meter di Kilometer 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Saufi Zakaria berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja pemasangan paip sebelum tergelincir.

Beliau berkata lapan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 2.53 petang.

“Bomba menjumpai lelaki itu jam 3.30 petang sebelum menjalankan operasi menaikkan mayat menggunakan tali dan alat pengusung yang mengambil masa lebih sejam,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai sepenuhnya jam 5 petang.

– BERNAMA


Pengarang :