Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Munum Petang Perpaduan bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Kampung Tiram Setia, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Ekonomi negeri kukuh, mampu laksana banyak program kebajikan

KUALA SELANGOR, 9 JUN: Kecekapan pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) memastikan lebihan hasil negeri dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai program kebajikan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan tersebut juga didorong oleh barisan pimpinan negeri yang bebas unsur rasuah serta bertegas mengelak pembaziran.

Ekonomi negeri berkembang kukuh di bawah pentadbiran HARAPAN. Sebagai contoh, di saat negeri lain susah mahu cari lebihan telur dan ayam, kita bertindak dengan laksana Jelajah Ehsan Rakyat (JER) hasil kedudukan kewangan yang kukuh.

“Selangor juga negeri yang jalan pelbagai program kesihatan, malah satu-satunya negeri beri insurans bernama INSAN kepada seluruh rakyat dari umur 30 hari ke 80 tahun. Sumbangan RM10,000 untuk pencarum ditimpa kemalangan.

“Justeru, lebihan hasil negeri ini kita boleh salurkan banyak inisatif atau bantuan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Minum Petang Perpaduan Kita Selangor peringkat Parlimen Tanjong Karang di Gelanggang Bola Keranjang Dewan Komuniti Kampung Tiram Setia di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama ketika majlis Munum Petang Perpaduan bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Kampung Tiram Setia, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin memaklumkan sejak mengambil alih kepimpinan negeri tahun 2018 pelbagai program dirangka negeri untuk memastikan setiap rakyat tidak ketinggalan.

“Ini untuk negeri pastikan rakyat dan pembangunan yang kita telah rancang berada dengan baik.

“Pentadbiran yang ada sekarang ini untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab, bukan hanya mahu popular sahaja,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Munum Petang Perpaduan bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Kampung Tiram Setia, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk ketika majlis Minum Petang Perpaduan bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Kampung Tiram Setia, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :