Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap sempena majlis perasmian Perpustakaan Awam Selangor daerah Sabak Bernam di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jalan Pejabat Daerah Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: RS-1 pastikan kemajuan, kemakmuran penduduk utara negeri terjamin

KUALA SELANGOR, 9 JUN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan memastikan kebajikan semua penduduk termasuk di kawasan utara negeri terjamin, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri komited menyusun rancangan pembangunan untuk membawa kemajuan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat.

“Melalui RS-1 dari hari pertama sejak tahun 2018 kita sudah ada plan untuk bangunkan Tanjong Karang juga beberapa projek di kawasan Kuala Selangor ke Sekinchan. Ini menunjukkan kita ada idea baharu untuk seimbangkan pembangunan penduduk bandar dan luar bandar.

“Dengan pengalaman dan semangat Kita Selangor yang kita kumpul melalui program hari ini, kita dapat meneruskan rancangan dan pembangunan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap program Kenduri Rakyat dan Pemberian Bantuan kepada Pesawah di Masjid Jamie At-Tuqa, Kuala Selangor di sini, hari ini.

Amirudin turut menyeru rakyat setempat untuk mengekalkan semangat perpaduan bagi meneruskan agenda pembangunan negeri dan membela kebajikan rakyat.

“Kita perlukan semangat perpaduan ini untuk kita bangkit semula selepas pandemik Covid-19 dan kesan ekonomi,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan bantuan kewangan kepada pesawah yang terkesan dengan hasil pengeluaran di Masjid At-Tuqo, Tanjong Karang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :