Pelebaran jambatan besi di Kampung Paya Dalam di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu siap pada Jun 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu
ADNBERITA UTAMASELANGOR

RM500,000 dimanfaat baik pulih kemudahan di DUN Kuala Kubu Bharu

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 10 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memanfaat peruntukan Projek Selangor Penyayang (PSP) berjumlah RM500,000 bagi melaksanakan 19 kerja baik pulih infrastruktur.

Wakil rakyat Lee Kee Hiong berkata enam projek siap setakat Jun iaitu pembinaan wakaf baharu di Tanah Perkuburan India Kerling serta penggantian bumbung dan penurapan semula jalan di dataran Balairaya Kuarters Kakitangan, Jalan Hospital.

Selain itu, pelebaran jambatan besi di Kampung Paya Dalam, menaik taraf dewan dan bilik persalinan kolam air panas serta penggantian bumbung Balairaya Kampung Asam Kumbang dan Dewan Kwang Yung Kwang Sai Association.

Pembinaan pondok wakaf baharu di Tanah Perkuburan India Kerling di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu siap pada Jun 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu

“Terima kasih kepada Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Saya berharap PSP diteruskan selepas pilihan raya negeri akan datang, kerana ia akan memanfaatkan kepada penduduk di Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntuk di bawah inisiatif itu sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.


Pengarang :