Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor terima RM60 bilion nilai pelaburan, cipta 19,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 10 JUN: Selangor menerima nilai pelaburan berjumlah RM60 bilion sepanjang tahun lalu sekali gus mencipta lebih 19,000 peluang pekerjaan.

Dato’ Menteri Besar berkata pada tiga bulan pertama antara Januari hingga Mac, pentadbirannya merekodkan sejumlah RM7.4 bilion nilai pelaburan.

“Dalam tempoh tiga bulan itu kita buka 5,300 peluang kerjaya yang bukan hanya menumpukan kerja biasa sebaliknya juga kerjaya berkemahiran.

“Ini hasil usaha giat dilaksanakan Kerajaan Negeri. Selepas lawatan ke Berlin (Jerman) pada 2019, kita mempunyai jaringan kerja dan dapat mengembangkang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Konvokesyen ke-23 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Pada Mac, Amirudin memaklumkan Selangor berjaya menarik 265 projek pelaburan sektor pengilangan melibatkan jumlah RM12.2 bilion pada tahun lalu.

Data dikeluarkan dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu membuktikan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara yang memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan utama.

Pada 2019 Amirudin mengetuai delegasi kerja ke Berlin merangkumi beberapa siri perbincangan konglomerat selain lawatan ke pusat latihan industri terkenal.


Pengarang :