Program Sate dan Kopi Secocok Bersama menyediakan pelbagai aktiviti termasuk 3,000 sate percuma pada 26 dan 27 Ogos 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang
PBTSELANGOR

Sukan rakyat, wayang pacak tarikan program sate, kopi secocok bersama

SHAH ALAM, 21 OGOS: Perkampungan sate yang menyediakan 3,000 cucuk sate percuma antara tarikan pengunjung program Sate dan Kopi Secocok Bersama pada 26 dan 27 Ogos ini.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan bertemakan konsep tradisional program diadakan di Dataran MPKj@Stadium Kajang bermula 10 pagi.

“Di perkampungan sate 15 gerai tersedia dan 3,000 cucuk sate percuma untuk pengunjung terhad pada waktu ditetapkan penganjur.

“Selain itu 30 kios kopi tempatan turut disediakan selain kendera saji yang menjual pelbagai jenis makanan lain,” katanya menerusi Facebook.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu aktiviti lain termasuk sukan rakyat permainan tradisi seperti tarik upih, berjalan atas tempurung dan lari dalam guni.

“Pengunjung juga berpeluang menonton wayang pacak yang ditayangkan pada waktu malam menerusi tayangan perdana filem patriotik sempena bulan kemerdekaan.

“Persembahan kesenian dan kebudayaan seperti pencak silat, tarian singa dan silambam turut diadakan selain nyanyian artis tanah air oleh kumpulan Rosewood, Skudap Skudip dan DJ Sir Birdo,” katanya.

Selain itu, sesi ‘meet and greet’ lagenda bola sepak Selangor turut diadakan dengan beberapa nama popular ditampilkan iaitu Datuk K Rajagopal, Datuk Zainal Abidin Hassan, Shahrin Majid, Nizarudin Yusof dan Azman Adnan.

“Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan transit aliran massa (MRT) untuk ke destinasi program,” katanya.


Pengarang :