Pengunjung membeli barangan pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Taman Changgang Jaya, Banting pada 18 September 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli ayam, telur, beras murah di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 19 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan asas murah berbanding harga pasaran luar diadakan di tiga lokasi hari ini mulai 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan murah itu diadakan di tapak pasar malam Batu 8, Jalan Meru Tambahan (Meru), di pekarangan pejabat KEADILAN Cabang Sabak Bernam, Taman Muhibbah (Sabak) dan Jalan P4/3, Bandar Teknologi Kajang (Sungai Ramal).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di lebih 2,000 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :