Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (tiga kiri) menyampaikan plak Kempen PLATS Masuk Pasar (PMP) kepada Setiausaha MPKS Mohammad Yusli Askandar (tiga kanan) sambil diperhatikan oleh Pengurus Projek PLATS Hazwani Sabudin (dua kiri) di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

1,000 kupon digital diedar di Jeram sempena Kempen PLATS Masuk Pasar

KUALA SELANGOR, 19 NOV: Sebanyak 1,000 kupon Digital Rahmah bernilai RM5 diedar kepada pengunjung pasar pagi Sungai Buloh, Jeram di sini hari ini.

Agihan kupon sempena Kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Pasar disempurnakan oleh ketua pegawai operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Saipolyazan M Yusop berkata inisiatif berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga berdaftar bawah PLATS sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (tengah) ketika ditemui media di Kempen PLATS Masuk Pasar di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Untuk hari ini sebanyak 1,000 kupon digital dengan nilai keseluruhan RM5,000 diagih kepada pengunjung pasar. Mereka boleh gunakan kupon itu di 26 peniaga pasar yang berdaftar bawah PLATS.

“Kita mahu peniaga berdaftar dapat manfaat pendigitalan yang disediakan PLATS seperti latihan perniagaan dan pembiayaan tanpa faedah. Mereka juga boleh mendapat akses kepada program dilaksana seperti Pameran Udara Selangor 2023 (SAS 2023).

“Ini pendedahan yang ingin kita beri kepada peniaga pasar selain membantu mereka meningkatkan pendapatan jualan dan mendigitalkan perniagaan,” katanya ditemui pada program tersebut.

 

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (dua kanan) menggunakan aplikasi PLATS bagi menebus kupon Digital Rahmah ketika Kempen PLATS Masuk Pasar (PMP) di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Saipolyazan menjelaskan kempen tersebut diteruskan ke 11 lagi lokasi di setiap pihak berkuasa tempatan sehingga Disember depan.

“Sepanjang November ini ada enam lokasi kempen akan diadakan dan peniaga-peniaga yang berminat boleh berdaftar menerusi laman sesawang PLATS.

“Perancangan masa depan lebih ramai akan berdaftar dan akan perbanyak lagi lokasi agihan kupon dalam membantu peniaga,” katanya.

Duta RDS Annisha Abdul Hamid memberi penerangan kepada pengunjung cara mengimbas kod QR untuk mendapatkan kupon Digital Rahmah RM5 ketika Kempen PLATS Masuk Pasar di pasar pagi Sungai Buloh di Jeram, Kuala Selangor pada 19 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil mikro sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan.


Pengarang :