EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim (tengah) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan menyampaikan Anugerah Komuniti Cegah Denggi ketika Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023 di KSL Esplanade Hotel, Klang pada 20 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PBT diseru tumpu agenda pembangunan mampan, kualiti perkhidmatan

KLANG, 21 DIS: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini perlu mempergiat usaha mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) sekali gus mengharumkan nama ke peringkat antarabangsa.

EXCO kerajaan tempatan berkata agenda tersebut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan dan keagamaan, persatuan penduduk, komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO).

Memberi contoh Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Ng Suee Lim memaklumkan PBT itu menempa pelbagai kejayaan sepanjang pelaksanaan SDG dengan kerjasama semua lapisan masyarakat.

“Dunia globalisasi ketika ini menyaksikan perubahan demi perubahan berlaku. Malah sekarang rakyat lebih berpendidikan berbanding sebelum ini.

“Sudah pasti mereka mahu kehidupan lebih selesa dan berdaya huni. Jadi kita akan pastikan semua PBT meneruskan usaha mencapai SDG daripada segi komuniti serta pembangunannya,” katanya di sini semalam.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim (tengah) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan menyampaikan Anugerah Komuniti Komited Program Sihat dan Sejahtera ketika Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023 di KSL Esplanade Hotel, Klang pada 20 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ditemui selepas merasmikan majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK, beliau menjelaskan SDG adalah sebuah agenda global yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencapai pembangunan mampan seluruh dunia.

Menurutnya, pelaksanaan SDG bagi mengatasi isu seperti ketidakserataan, kemiskinan, perubahan iklim selain tidak mengetepikan aspek ekonomi.

“Saya berharap agar PBT di Selangor melaksanakan agenda pembangunan mampan dan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk rakyat di kawasan masing-masing,” katanya lagi.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim (tengah) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan menyampaikan Anugerah Ahli Majlis Terbaik ketika Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023 di KSL Esplanade Hotel, Klang pada 20 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim (tengah) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan bergambar bersama pemenang Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023 di KSL Esplanade Hotel, Klang pada 20 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :