Pengenalan diri dan foto lima bersaudara Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid yang menghiasi dinding kiri pintu masuk pameran Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara dirakam pada 7 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPERSONALITIRENCANA

Wira dunia dari Banting, Pameran Anak Sidek serlah kegemilangan badminton negara

Selepas zaman kegemilangan Datuk Eddy Choong, Datuk Tan Aik Huang dan Datuk Punch Gunalan, ahli keluarga Sidek kelompok pemain badminton kebangsaan mengharum nama negara di persada dunia.

Selain mengungguli acara perseorangan dan beregu, Datuk Misbun, Datuk Razif, Dato’ Seri Jalani, Rahman dan Datuk Rashid meraih kejayaan manis kira-kira dua dekad, termasuk membawa pulang Piala Thomas pada 1992.

Bapa mereka Dato’ Sidek Abdullah Kamar membimbing sejak 1960-an di gelanggang halaman rumah di Kampung Kanchong Darat, Kuala Langat seawal usia putera sulung Misbun tujuh tahun sebelum seorang demi seorang mengecap kejayaan mulai 1980.

Dirasmikan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah pada 9 Januari, Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara memapar koleksi piala, pingat dan gambar liku perjalanan lima bersaudara itu.

Dibuka percuma, pameran di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam antara 1 November 2023 hingga 30 April anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Jurufoto FIKRI YUSOF dan REMY ARIFIN merakam majlis perasmian dan minat mendalam pengunjung pameran tersebut. Keterangan gambar oleh HAFIZAN TAIB.

Misbun menunjukkan servis S, yang diharamkan Persekutuan Badminton Dunia, ketika gimik perasmian Pameran Anak-Anak Sidek di Muzium Sultan Alam Shah pada 9 Januari 2024
Pegawai Penerangan PADAT Farhani Shamsudin memberi penjelasan kepada keluarga Khoo Siew Ming pada 11 November 2023 mengenai pingat kejohanan
Misbun (kiri) dan Jalani menandatangan poster zaman kegemilangan mereka sambil disaksikan Borhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Padat Dr Nadia Widyawati Madzhi pada 9 Januari 2024
Sahabudin Kaslin menunjukkan kepada anak perempuannya sebahagian piala yang diraih ahli keluarga Sidek pada 11 November 2023
Borhan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Dato’ Johary Anuar mendengar penjelasan Misbun mengenai pingat kejohanan pada 9 Januari 2024
Sekumpulan pengunjung remaja meneliti liku perjalanan lima bersaudara dari Kanchong Darat, Kuala Langat hingga meraih pelbagai kejuaraan pada 9 Januari 2024
Pengunjung terpesona dengan foto bersejarah, piala serta pingat kejohanan dan keratan komik Anak-Anak Sidek yang merakam kejayaan keluarga itu pada 9 Januari 2024
Pemain badminton negeri bawah sembilan tahun Putree Nadhira Adliana Mizan tertarik pada foto lama keluarga Datuk Sidek Abdullah Kamar pada 9 Januari 2024
Che Muhammad Shah Jahan Che Mansor dan Muhammad Fakhrul Zikri Alias, pada 7 Januari 2024, menatap sampul surat hari pertama kejohanan Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur
Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak Aqil Luqman Hairuddin dan Muhammad Azeem Nor Shah Izam membaca kisah kehidupan anak-anak Sidek pada 7 Januari 2024
Seorang wanita bersama anaknya mengagumi darjah dan bintang kebesaran yang dianugerah kepada ahli keluarga Sidek pada 11 November 2023
Nurshafiqah Muhamad Rezduan (kanan) dan adiknya Nurfarhanah membelek naskhah asal komik Anak-Anak Sidek, yang diterbit antara 1995 hingga 2005, pada 7 Januari 2024
Peminat sukan badminton Adnan Zubir dan anaknya meneka bilangan bulu tangkis, satu daya tarikan, ketika mengunjungi pameran pada 7 Januari 2024
Seorang peminat kecil menguji bakat memukul bulu tangkis untuk dimasukkan ke lubang dengan markah antara 10 hingga 50 pada 11 November 2023

 

 

 


Pengarang :