EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin (duduk, tengah) pada majlis penutup Program Karnival Prihatin @ Kuala Langat di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada 17 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri pergiat usaha tanam 11 juta pokok menjelang 2026, pulihara kawasan hijau

KUALA LANGAT, 17 FEB: Usaha ke arah mencapai matlamat penanaman 11 juta pokok menjelang 2026 di Selangor giat dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pejabat daerah dan pihak swasta.

EXCO alam sekitar berkata pihaknya kini sedang melaksanakan pengumpulan data dan mengenalpasti kawasan penanaman pokok dalam usaha memelihara dan memulihara kawasan hijau di Selangor.

“Insya-Allah enam bulan pertama tahun ini kita akan susun data dan buat perancangan seterusnya seperti pembahagian penanaman dan sebagainya.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Karnival Prihatin @ Kuala Langat di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada 17 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kita juga akan mengadakan lebih banyak program bersama pihak swasta dan akan datang mungkin melibatkan pihak sekolah juga,” kata Jamaliah Jamaluddin selepas Majlis Pelancaran Selangor Saring 2024 di The Arc@Rimbayu di sini hari ini.

Jelas Jamaliah pelbagai inisiatif turut diusahakan untuk menyebarluaskan pelaksanaan program Kerajaan Negeri dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

“Ini penting dalam merealisasikan matlamat Selangor sebagai bandar rendah karbon menjelang 2030 dan mencapai sasaran mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang 2030,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan 2024 berkata sejumlah RM400,000 diperuntuk bagi pelaksanaan program penanaman pokok ke arah mencapai sasaran 11 juta pokok ditanam menjelang 2026.

Ia adalah usaha memulihara dan menghijau kembali kawasan hutan yang diteroka selain sebahagian usaha mengekalkan sehingga 31 peratus gazet kawasan hutan simpan kekal.

Munirah Abdullah meluangkan masa bersama anak-anak bermain karom pada majlis penutup Program Karnival Prihatin @ Kuala Langat di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada 17 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :