Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan mega barangan asas minggu depan, mudahkan beli keperluan raya

SHAH ALAM, 28 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) besar-besaran akan diadakan minggu depan bagi memudahkan orang ramai khususnya umat Islam membeli keperluan asas sempena Aidilfitri.

Bermula 8 pagi, jualan murah pada 6 Mac dijadual berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam dan stesen bas Pekan Sabak, maklum Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, program diteruskan pada 7 Mac di Dataran Niaga Siantan, Selayang Mutiara serta Dataran Pantai Batu Laut.

“Jualan mega ini tradisi tahunan menjelang perayaan sejak JER diperkenal. Ini akan memudahkan orang ramai mendapat keperluan raya dengan tawaran harga murah berbanding pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpul PKPS Dr Muhammad Khairil Muhamad Razi Program Ehsan Fun Run @ Selangor Fruit Valley 2024 di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 2 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita juga akan menjual beberapa produk lain yang diperlukan pada musim perayaan ini, namun akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya kepada Selangorkini.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penganjuran JER istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi bagi membantu umat Islam membuat persiapan.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri selama enam hari di 23 lokasi seluruh negeri dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.


Pengarang :