Kerja pemasangan cerucuk giat dijalankan di kawasan tanah runtuh dekat Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong pada 3 Januari 2024. Foto MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kerja stabil tanah runtuh Taman Wawasan jangka siap tujuh bulan lagi

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SUBANG JAYA, 26 MAC: Kerja penstabilan cerun di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, di sini, yang kini masuk fasa kedua dijangka siap antara enam hingga tujuh bulan lagi.

Datuk bandarnya berkata pihaknya sudah mengenal pasti pemilik tanah iaitu Wawasan Indera Sdn Bhd dan pemaju itu bersetuju menanggung keseluruhan kos serta kerja penstabilan cerun.

“Pihak pemaju akan mengambil alih sepenuhnya kerja pembaikan dan ia akan dijalankan segera.

“Penduduk diharap bersabar kerana proses ambil alih pemaju sedang dilakukan,” kata Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penuh di ibu pejabat MBSJ di sini hari ini.

Kejadian 16 Disember 2023 itu mengakibatkan 29 penghuni di sembilan rumah teres kawasan berkenaan diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 pada 7.30 malam itu turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada kemalangan jiwa berlaku.


Pengarang :