Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid sempat meluangkan masa di stesen pengumpulan minyak masak terpakai sempena dengan Majlis Perasmian Pusat Kitar Semula (PKS) Komuniti Seksyen 2, Shah Alam, selepas dinaik taraf Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama beberapa syarikat berkaitan dalam usaha membudayakan amalan kitar semula pada 20 Oktober 2023. Foto MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kitar semula minyak masak terpakai, dapat tiket dan baucar Selangor FC

SHAH ALAM, 18 MAC: Orang ramai berpeluang memperoleh tiket perlawanan bola sepak dan baucar barangan rasmi Selangor FC secara percuma menerusi program kutipan minyak masak terpakai sepanjang Ramadan ini.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan program tersebut diadakan di tiga bazar Ramadan terpilih sekitar Shah Alam.

“Istimewa sempena Ramadan ini, temui kami di bazar terpilih di lokasi berikut, bazar Ramadan Seksyen 13 (Stadium Shah Alam), bazar Ramadan Seksyen 19 dan di bazar Ramadan Seksyen 17.

“Program ini turut dianjur dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan syarikat pengendali sisa minyak Fathopes Energy,” katanya menerusi Facebook.

Program berkenaan menyediakan ganjaran istimewa pada hari ketujuh, 14 dan 21, selain pengumpul terbanyak berpeluang menerima satu pas bermusim Selangor FC 2024/2025.

Ganjaran juga dibahagi kepada dua kategori iaitu Ganjaran Merah bagi timbangan minyak 1 hingga 5 kiligram (kg) dan Ganjaran Kuning bagi timbangan minyak 6kg ke atas.

Pengumpulan minyak masak terpakai dibuat setiap hari sepanjang Ramadan di lokasi terbabit bermula jam 4 petang hingga 8 malam.


Pengarang :