AGENSISELANGOR

Lencongan trafik motosikal di Lebuhraya Shah Alam bermula esok

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Sdn Bhd (WCE) akan melaksanakan lencongan trafik motosikal di Lebuhraya Shah Alam (LSA) yang baharu bermula esok hingga 19 Mei.

Lencongan itu melibatkan lokasi di KM 24.2 – 23.3 (arah ke Klang) di LSA.

“Pelaksanaan lencongan trafik ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan LSA, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Pengguna SAE dinasihatkan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi itu sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :