Penjawat awam mendengar ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sampaikan amanat kepada penjawat awam Jumaat ini

SHAH ALAM, 19 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan amanat penting dalam Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam pada 22 Mac.

Beliau juga akan melancarkan Kempen Mudahnya Berwakaf selain menyertai tazkirah Ramadan di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri bermula jam 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan EXCO dijadual hadir dalam program tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti perjalanan program berkenaan yang dipancar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.


Pengarang :