Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Kota Kemuning sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam pada 28 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan rasmi Masjid Kota Kemuning, lancar Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza

SHAH ALAM, 28 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Masjid Kota Kemuning, di sini hari ini.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menamakan masjid yang siap pada November 2022 dengan nama Masjid Kota Kemuning.

Pembinaan masjid atas tanah seluas lima ekar dengan kos RM18 juta sejak 2017 itu mampu memuatkan 4,000 jemaah dalam satu masa.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut menyampaikan sumbangan raya berjumlah RM238,000 kepada 476 penerima melibatkan 136 asnaf fakir, 225 miskin dan 115 saudara baharu.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf sempena majlis perasmian masjid dan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam pada 28 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Baginda juga berkenan merasmikan pelancaran Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza, inisiatif Kerajaan Negeri bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bagi membangunkan semula Gaza termasuk membina Masjid Darul Ehsan Gaza.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima sumbangan RM50,000 daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pelancaran Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza sempena majlis perasmian masjid dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam pada 28 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Pintas Utama Sdn Bhd berjumlah RM3 juta dan Rafulin Holdings Sdn Bhd, RM1.88 juta seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih bersama rakyat.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan daripada syarikat Pintas Utama Sdn Bhd sempena majlis perasmian masjid dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam pada 28 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Masjid Kota Kemuning, Shah Alam dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 28 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :