Wakil Perbadanan Wakaf Selangor menyerahkan sumbangan kepada pentadbiran Surau Al-Munawir, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam bagi menaik taraf kemudahan dalam sebuah majlis pada 27 Mac 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor
AGENSISELANGOR

Wakaf Selangor salur RM77,000 bantu dua surau baiki kemudahan

SHAH ALAM, 28 MAC: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) semalam mengagihkan sumbangan berjumlah RM77,000 kepada dua surau bagi penambahan infrastruktur selain menjamin keselesaan jemaahnya.

Menerusi Facebook, perbadanan itu memaklumkan sumbangan wakaf fisabilillah RM40,000 diserah kepada Surau Al-Buhairah Bandar Bukit Mahkota, Kajang untuk membiayai kos binaan menara azan.

Jelasnya, baki sebanyak RM37,000 pula diserahkan kepada pentadbiran Surau Al-Munawir Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam bagi menambah baik institusi terbabit.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah surau serta guru-guru dan pelajar,” katanya.

Simbolik sumbangan diserahkan Pengurus Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari dan Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Ustaz Muhammad Suffian Assauri Omar.


Pengarang :