Orang ramai yang membawa barangan kitar semula menerima wang tunai mengikut harga semasa dalam program pembersihan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 30 dan 31 Mac 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi
PBTSELANGOR

2.8 tan barangan kitar semula dikumpul dua hari di 10 lokasi

SHAH ALAM, 1 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengumpulkan 2.8 tan barangan kitar semula menerusi program pembersihan sempena hari raya pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan program dianjur serentak di 10 lokasi turut menawarkan penukaran barangan kitar semula kepada wang tunai mengikut harga semasa.

“Program ini bertujuan membantu dan memudahkan penduduk setempat melupuskan barangan kitar semula dari kediaman mereka.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengumpulkan 2.8 tan barangan kitar semula menerusi program pembersihan pada 30 dan 31 Mac 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi

“Setiap barangan kitar semula yang diterima ditukar wang tunai bergantung harga semasa kecuali pakaian terbuang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Antara sisa barangan kitar semula yang dikutip adalah pakaian terbuang 827 kg, sisa elektrik dan elektronik (780.3kg), minyak masak terpakai (388.5kg) dan plastik, aluminium serta kertas (827kg).

Menurut MPAJ program itu dianjur bagi menggalakkan penduduk dan komuniti setempat terus mengamalkan kitar semula sekali gus mengurangkan sisa domestik ketika musim perayaan.


Pengarang :