DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) hadir menyantuni peniaga di Pasar Malam Bukit Sentosa pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor 2024 di Bukit Beruntung pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program Gagasan Rumpun Selangor peringkat Hulu Langat bermula esok

SHAH ALAM, 23 APRIL: Orang ramai dijemput memeriahkan program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Langat selama tiga hari mulai esok.

Kehadiran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan berkenan berangkat melawat Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang dan Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Selain itu, Baginda juga akan melawat Pasar Malam Downtown Jalan Reko,  warung Roti Canai Teras Jernang, Kajang Wall Mural, Medan Sate Kajang dan Bangi Square 2.

Pelbagai program menarik di setiap lokasi seperti klinik bola sepak serta walkabout bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

Lawatan Tengku Amir Shah diteruskan ke Masjid Rinching Hulu Beranang, Institusi Perindustrian MARA Jepun (MJII), Projek Agro Bandar Melon ACE Pandan Jaya dan Pusat Anaerobic Digester MPAJ.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

 


Pengarang :