ALAM SEKITAR & CUACASELANGOR

METMALAYSIA: Amaran ribut petir sehingga pagi ini

SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh di perairan Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Kudat dan Sandakan) yang dijangka berterusan hingga lewat pagi ini.

Menurut kenyataan yang dikemaskini di laman web METMalaysia pada jam 5.34 pagi ini, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Amaran juga diberikan bagi aktiviti perkapalan seksyen B berikutan dijangka berlaku ribut petir di perairan Selat Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sulu hingga lewat pagi ini.

“Keadaan angin kencang dengan kelajuan 50kmsj dan laut bergelora menyebabkan berlakunya ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” kata agensi itu.

Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 04:55am pada 21 Januari 2018

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya,

N. Sembilan (Daerah Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dan

Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga 9:00 pagi, Ahad 21 Januari 2018


Pengarang :