GLOBAL

F/A-18 Super Hornet terhampas, 2 juruterbang Tentera Laut AS maut

WASHINGTON 15 MAC: Dua juruterbang dilaporkan terkorban apabila sebuah jet pejuang F/A-18F Super Hornet terhempas ke dalam laut ketika sesi latihan penerbangan di luar persisiran pantai Key West, Florida.

Menurut kenyataan Tentera Laut Amerika Syarikat, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari air, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jet pejuang yang mempunyai dua tempat duduk itu terhempas ketika sedang menghampiri Pangkalan Udara Tentera Laut Key West, di sini.

Katanya, punca nahas berkenaan sedang disiasat.

A U.S. Navy F/A-18 Hornet jet crashed off the coast of Key West, Florida, on Wednesday, an official told Fox News. (WEYW TV)

SUMBER: REUTERS


Pengarang :