SELANGOR

MPK kutip cukai taksiran RM81.2 juta

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 30 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mengutip sejumlah RM81.2 juta sehingga 25 Mac berbanding RM79.86 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohd Yasid Bidin berkata, pencapaian itu sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak RM1.34 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, RM67.83 juta dengan prestasi 82 peratus bagi kutipan cukai taksiran 1/2018 manakala RM13.37 juta dengan prestasi 34 peratus dari tunggakan cukai taksiran.

“Program Sitaan dan Rampasan harta akan terus dijalankan pada April ini bagi akaun-akaun harta yang mempunyai tunggakan.

“Orang awam dinasihatkan supaya menjelaskan cukai taksiran mengikut waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan sitaan dan rampasan harta,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan, di sini.

Pada masa sama, Yasid berkata kaunter bayaran dan perkhidmatan MPK akan ditutup pada 31 Mac dan akan beroperasi semula pada 2 April depan.

Terdahulu, MPK melantik 55 kakitangannya menyertai ‘Task Force’ cukai taksiran dan akan berkhidmat mengurangkan tunggakan bagi tempoh empat hingga Jun ini,” katanya.


Pengarang :