NASIONAL

Baju PAKATAN laku keras, dapat sambutan hangat

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 28 APR: Seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak menjangka jualan baju tshirt Pakatan Harapan (PAKATAN) mendapat sambutan hangat.

Peniaga baju, Mohd Nizam Abdul Rahman, 48 berkata, baju hasil cetakannya sendiri itu dijual sejak seminggu yang lalu.

“Memang tidak sangka ramai betul peminat PAKATAN, mereka berkerumun membeli baju tshirt yang saya jual.

“Kalau pada hari penamaan calon seperti hari ini, memang bertambah laku kerana ribuan penyokong datang berkumpul sejak pagi,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Mohd Nizam yang mula menyokong KEADILAN sejak 2013 berkata, dia yakin gabungan PAKATAN akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU14) seterusnya mengalahkan Barisan Nasional (BN).

“Menang atau kalau adat bertanding, tetapi saya yakin rakyat sememangnya mahukan perubahan untuk negara,” katanya.

=EZY=


Pengarang :