SELANGOR

PRU-14: PAKATAN Selangor selesai agih kerusi bertanding DNS

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PU-14) dengan iltizam memberikan perkhidmatan cemerlang dan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Menerusi kenyataan bersama pimpinan PAKATAN Negeri Selangor yang dipengerusikan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mereka akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya dan memantapkan jentera PAKATAN di seluruh Selangor serta meletakkan calon berwibawa, berintegriti dan komited untuk memberi khidmat kepada negeri serta rakyat.

“Kami yakin bahawa perpaduan pimpinan dan anggota Pakatan Harapan Selangor akan melonjakkan sokongan rakyat untuk mengekalkan pentadbiran Pakatan Harapan dalam Kerajaan Selangor bagi meneruskan pembangunan ekonomi dan agenda peduli rakyat.

“Pakatan Harapan Selangor yakin rakyat akan menggembeleng tenaga dan memberi sokongan padu demi membangun bangsa dan memakmur negeri,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Ir Izham Hashim dan Ketua Badan Pimpinan PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

=EZY=


Pengarang :