NASIONAL

Diskaun tol 50 peratus bermula esok

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 JUN: Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus bermula esok.

PLUS dalam kenyataannya memberitahu, pemberian diskaun sempena Aidilfitri itu akan diteruskan sehingga Khamis, 14 Jun ini.

“Diskaun ini ditawarkan untuk semua kelas kenderaan. Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh tersebut.

“Sebagai contoh, sekiranya pengguna mula memasuki lebuh raya pada 8 malam hari ini (12 Jun) tetapi keluar dari lebuhraya dan membuat bayaran tol pada 1 pagi Rabu (13 Jun), mereka akan tetap menikmati diskaun tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Diskaun itu merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di lebuh raya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

Sementara itu, Jambatan Pulau Pinang mengenakan kadar tol sebanyak 70 sen bagi kelas kenderaan satu, kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50) pada hari yang sama.


Pengarang :