Muslim care
GLOBAL

Setengah juta kanak-kanak risiko maut

OLEH SHEEDA FATHIL

GENEVA, 9 JUN : Setengah juta kanak-kanak kekurangan zat makanan di sekitar Tasik Chad, Afrika berisiko berhadapan dengan gejala maut sekiranya tidak diberikan bantuan kemanusiaan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kanak-kanak berkenaan memerlukan bantuan bagi menyelamatkan nyawa mereka, namun dana bantuan kemanusiaan di rantau itu amat rendah.

Beberapa ketua agensi bantuan PBB untuk negara di sekeliling tasik itu termasuk Nigeria, Niger, Chad dan Cameroon memaklumkan kepada pemberita bahawa keadaan amat terdesak dan sumbangan dana amat diperlukan.

Penyelaras kemanusiaan PBB untuk Niger, Bintou Djibo berkata, krisis keselamatan dan kemanusiaan di rantau itu amat meruncing selepas hampir sedekad pemberontakan militan Boko Haram melanda Nigeria dan kemudian beberapa negara jirannya yang mencetuskan keadaan huru-hara.

Berdasarkan data PBB, lima juta orang amat kekurangan bekalan makanan, sementara kira-kira separuh daripada 490,000 kanak-kanak terbabit berusia kurang lima tahun menderita penyakit kekurangan zat yang teruk.

“Tanpa rawatan, mereka mungkin berdepan risiko kematian,” katanya.

Foto Kredit: Harian Metro


Pengarang :