EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

SHAH ALAM, 18 JULAI: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini mengikuti jejak serantau di sebalik konflik dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kini reda seketika.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada 5.00 mata lebih lemah kepada 1,732.28 daripada penutup Selasa lalu iaitu 1,737.28.

Indeks berkenaan dibuka 3.39 mata lebih rendah kepada 1,733.89.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 152 berbanding 144, manakala 221 kaunter lagi tidak berubah, 1,394 tidak didagangkan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 262.63 juta unit dengan nilai RM123.71juta.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :