SELANGOR

Belanjawan 2019: Kerajaan sedia terima teguran

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Kerajaan bersedia menerima teguran setelah pembentangan Belanjawan 2019 selesai dibuat, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kesemua sektor diberi perhatian serta tidak ketinggalan peruntukan buat golongan wanita, generasi muda dan juga pembangunan buat institusi agama.

“Saya yakin media akan membuat analisa terbaik melalui bajet kali ini dan kami (Kerajaan) bersedia jawab segala teguran dan sudah tentu akan membuat penjelasan sekiranya ada perkara yang tidak difahami.

“Buat masa ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempunyai tugas penting untuk memberi maklumat terperinci, ini penting memandangkan kami bimbang sekiranya ada tafsiran yang tidak tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, Bank Negara, Kementerian Kewangan, pegawai dan anggota kerajaan lain perlu membuat penjelasan lanjut sekiranya ia berkait dengan bidang tugas masing-masing.

“Seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), penjelasan lanjut akan dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.


Pengarang :