SELANGOR

Elak program ‘syok sendiri’ dekati belia

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Kerajaan Negeri akan mengamalkan pendekatan mesra belia dengan menjauhi sikap ‘syok sendiri’, eksklusif dan amalan birokrasi dalam usaha mendekati belia, di Selangor.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, hal itu penting kerana golongan itu memiliki komposisi besar antara 40 hingga 50 peratus, di Selangor.

“Jika kita bersifat lebih eksklusif, terlalu banyak birokrasi atau protokol dalam mendekati belia, mereka akan menjauhi kerana belia bersifat santai, aktif serta ekstrem.

“(Justeru) kita kena bersifat terbuka dan tawarkan sesuatu supaya belia datang kepada kita termasuk peluang menjadi usahawan.

“Manakala jika kita melantik belia mewakili kita di peringkat daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan zon (Penggerak Belia Tempatan), kumpulan ini harus mendekati belia dengan menganjurkan program mesra belia serta tidak syok sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Segmen Inspirasi Pagi yang dikendalikan DJ Aenraen di Radio Selangor FM ,di Wisma Angkasapuri di sini, hari ini.

 


Pengarang :