NASIONAL

Harga petrol naik 6 sen, diesel 12 sen

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 JAN: Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan harga runcit produk petroleum bagi RON95 dan RON97 naik 6 sen, manakala 12sen untuk diesel, bagi tempoh 19 Januari sehingga 25 Januari 2019.

Penetapan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) itu menyaksikan harga runcit petrol RON97 naik kepada RM2.28 seliter, berbanding RM2.22 sebelum ini sementara harga terbaru RON95 adalah RM1.98, hasil kenaikan 6 sen dari RM1.92.

Harga runcit diesel dinaikkan sebanyak 12 sen seliter, iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter bagi minggu ini.

“Kenaikan ini ekoran harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada USD60 setong kepada USD63 setong bagi petrol RON95, dan daripada USD68 setong kepada USD72 setong bagi diesel,” katanya.


Pengarang :