NASIONAL

Aliran trafik mulai perlahan

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan mula bergerak perlahan, setakat jam 12 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari ​​​​Ipoh menuju ke Simpang Pulai dan turut perlahan dari perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak menuju ke Terowong Menora.

“Selain itu, trafik juga bergerak perlahan dari Permatang Pauh menuju ke Perai ekoran aliran trafik yang tinggi.

“Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson serta trafik perlahan selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Pusat bandar,” katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah masih lancar setakat ini.

“Selain itu, trafik dilaporkan lancar dan terkawal di Jambatan Pulau Pinang serta ​​​​​​Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :