SELANGOR

Galak pelajar ceburi bidang keusahawanan

OLEH UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 10 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) BizClub menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan seawal di bangku sekolah.

Pengurus Pembangunan Usahawannya, Shamsul Bahrin berkata, pendedahan bidang itu sudah dilaksanakan pihaknya melalui beberapa program yang dianjurkan khusus kepada pelajar sekolah dan universiti.

“Memandangkan Seksyen 7 adalah tumpuan pelajar, PKNS BizClub membuka peluang kepada pelajar lepasan universiti untuk mengorak langkah dalam bidang keusahawanan.

“Pelajar yang ingin menggunakan kemudahan dan mengakses maklumat di PKNS BizPoint dikenakan caj dengan kadar yang lebih murah,” katanya ketika ditemui media pada program Taklimat “Jom Bisnes Raya di Shopee”, di PKNS Bizpoint, di sini.

Katanya, PKNS BizClub menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli kelab dan pelajar universiti, di sekitar kawasan Shah Alam.

Terdahulu, PKNS berjaya melahirkan seramai 1,240 usahawan dalam kalangan cilik, melalui Program Perintis Usahawan untuk pelajar sekolah rendah, sejak 2007.


Pengarang :